Thursday, February 5, 2009

Jika barang tak nampak semasa akad jual beli berlaku. Adakah sah akad jual/belinya?

Soalan: Jika barang tak nampak semasa akad jual beli berlaku. Adakah sah akad jual/belinya?

Jawapan:
Saya ambil dari sini

Jual beli barang yang tidak di tempat transaksi diperbolehkan dengan syarat harus diterangkan sifat-sifatnya atau ciri-cirinya,. Kemudian jika barang sesuai dengan keterangan penjual, maka sahlah jual belinya. Tetapi jika tidak sesuai maka pembeli mempunyai hak khiyar, artinya boleh meneruskan atau membatalkan jual belinya. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi riwayat Al Daraquthni dari Abu Hurairah:
من سترئ شيتالم يرهفله الخيارإذاراه
"Barang siapa yang membeli sesuatu yang ia tidak melihatnya, maka ia berhak khiyar jika ia telah melihatnya".
Hadis tu bermaksud jual beli adalah sah, walaupun tak Nampak barng, jika ingin memiliki barang tersebut, dan jika tak setuju selepas melihatnya, maka ia berhak khiyar atau menolah dari membelinya. Sekarang kita membelinya tetapi menjual balik kepada cbc dan pihak cbc membuat akujanji membayarnya balik kepada kita secara ansuran selama 2 bulan, jika kita sejutu dgn syarat itu kita yang tip I Agreed The Purchase Terms and Conditions dan seterusnya kita yg klik purchase kat akaun ceramic tu.

Pendapat diatas jual beli dibolehkan dengan syarat harus deterangkan sifat-sifatnya atau ciri-cirinya. Macam kita kat CBC lagi jelas dan terang mempunya barang dan gambar ceramic yang nyata. Semasa kita mempromosikan barangan ceramic kita ada menunjukkan gambar kat prospek. Kita bukan sekadar cerita bentuk dan ciri2nya saja siap dgn gambar lagi. Kita jugak boleh mengajak prospek ke e-mart atau HQ untuk melihat sendiri barangan yang dibeli secara SELL BACK POLICY. (Tak faham lagi tak tahu lah).

Jika kita mempersoalkan, betul ke CBC ni buat jual beli barangan ceramic atau dia buat biz judi atau lebih jelas biz tidak halal.

Jawapan:
Untuk menjawap soalan ini kita berpegang pada pihak berkuasa yang pegi siasat biz ni. Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) yg telah buat siasatan keatas primis CBC dan mendapati menjalankan perniagaan yang sah iaitu memjual dan membeli barangan ceramic secara runcit dan borong. Org yg pergi siasat tu org islam tak kan perniagaan **** dia nak cakap perniagaan ceramic dosa dia yg tanggung beb.

Biz yg diharamkan
Jika kita ingat lagi biz em-pay (saya pun join hehe), tak lebih dari setahun difatwakan haram kerana menjalankan atau melabur ditempat perjudian kat genting dll, haram untuk org Islam je untuk orng bukan islam boleh teruskan dan sampai sekarang em-pay masih berjalan lagi tapi dah slow sangat dah.


Keyakinan:-
Keyakinan itu terpulang kepada individu tersebut menilainya, sebagai cth: saya dan anda makan ayam, tak kiralah beli kat pasar atau makan kfc, Cuma yg kita tahu ayam tu halal dimakan, jika kita nak mempersoalkan betul ke ayam ni disembelih dgn cara yg betul, ada kah org islam yg sembelih ayam tersebut, kita tak pernah tengok sekor pun ayam disembelih Cuma yag kita pasti ianya halal yg di keluarkan oleh jabatan agama islam 100% kita berpegan kepada pihak berkuasa. Tinggal lagi keyakinan kita utk yakin atau tidak. Ada org tak yakin dgn status halalnya maka dia tak makan ayam tersebut. Sama jugak dgn biz CBC sesiapa yang tak yakin atau waswas dengan perniagaan yg dijalankan so janganlah menceburinya

Pelaburan:
Cth ASB, transaksinya slip resit tu je lepas seminggu tak tahu resitnya entah kemana, samakan dgn CBC setiap pembelian ada resit, ok saham ASB, pihak bank menjalankan perniagaan yg halal dari sumber kewangan kita. Duit kita dijadikan untuk perniagaan, adakah kita tahu perniagaannya, dimana barangnya, dan akad jual belinya semua tu kita tak ambil tahukan sedangkan itu duit kita, tahu2 awal tahun ambil bonus je huhuhu. Banyak pelaburannya tersenyumlah awal tahunnya hahaha. Kalau join CBC ambil pakaj C taip2 bulan boleh tersenyum hihihi. Pikir-pikir kan lah ya.

Jawapan kepada moneygameceramic.blogspot

salam....
selepas membaca web moneygameceramic.blogspot saya terpanggil untuk buat beberapa kenyataan yang mungkin dapat membantu geng CBC.

Ya saya pasti ramai lagi otai2 yang mampu jawab... tapi ini adalah pendapat dan jawapan dari saya sendiri...

mari kita sama2 tgk..

Sebab 1: Zul dah jawab...
Sebab 2:
Sedarkan anda bahawa, jika tidak wujudpun produk ceramic ini syarikat tetap boleh teruskan pusingan ini dan produk ini sebenarnya hanya untuk mengaburi Kementerian Perdagangan bahawa syarikat ini ada produk. Itu sahaja
Tuan. Jangan terjah jika tuan tidak tahu... saya boleh provekan yang produk ini wujud...kerana saya sendiri ada membeli set untuk saya berikan hadiah kepada ibu saya. Jadi kenyataan tuan tidak berasas.

Sebab3:
Syarikat mengatakan bahawa mereka tidak perlukan lesen AJL kerana mereka bukan "Multi Level Marketing" tetapi yang peliknya, ahli ada menerima bonus sehingga level 5.
Jelas kita bukan MLM.. kita perniagaan franchise..
Unit Trust, Insurans semuanya ada introducing bunus mengikut level.. persoalanya adakah mereka ini mempunyai AJL?..
lagi satu... contoh.. Si A nak jual rumah... So dia bagitau kat Si B.. yang si B p Bagitau kat C dan C bagitau kat D...
harga A jual kat B = RM200,000. B jual kat C Rm200,500, Cjual kat D Rm201,000.. hmm... base on komisen... perluka AJL... Kmtrian Perdagangan pun dah visit 2 kali n Ceramic Clear.. but untuk menjaga Ahli2 cbc... company still apply AJL.. So company-GENUINE la...InsyAllah..

Sebab 4:
Jika anda sertai mana-mana pakej, anda dibolehkan untuk tidak mengambil produk dan syarikat tolong jualkan untuk anda. 95% ahli melakukan cara ini. Syarikat tolong jual, syarikat tolong pasarkan, syarikat beli balik dengan anda, Sell Back Policy atau apa-apa sahaja perkataan yang digunakan namun cara dan apa yang berlaku tetap sama.

Katanya.. anda beli dengan syarikat RM3,800.00, syarikat pula tolong jualkan dengan RM4,500.00 dan kembalikan RM700.00 kepada anda.

Atau terms lain pula... anda beli dengan syarikat RM3,800.00, syarikat beli balik dengan 3 kali bayar kepada anda dengan harga RM4,500.00 (RM1,500.00 x 3) dan anda dapat RM700.00.

Cuba anda fikirkan...... jika anda ada produk yang ingin dijual pada harga RM1,000.00 dan kawan anda beli pada harga tersebut (RM1,000.00). Kemudian kawan anda tidak mahu ambil atau tidak boleh jual, maka anda ambil produk tersebut dan jualkan pula dengan harga RM1,200.00 atau lebih sekalipun. Untung RM200.00 dan anda serahkan RM200.00 tersebut kepada kawan anda.

Persoalannya sekarang, kenapa anda nak jual produk tersebut melalui kawan anda? Jika anda boleh jual RM1,200.00 kenapa anda tidak terus sahaja jual kepada orang lain dengan harga RM1,200.00 dan extra untung RM200.00 anda ambil.

Pelik bukan? Ingat.. sememangnya syarikat ini mengatakan konferm 100% akan berikan anda RM4,500.00 dan ini bermakna syarikat garenti dapat jual dengan harga RM4,500.00. Kenapa syarikat ini tiba-tiba 'suka' mengajak anda sebagai orang tengah dan tiba-tiba mahu berikan anda keuntungan RM700.00 kepada anda?

Kalau syarikat Ceramic ini boleh garenti mereka boleh jual dengan harga RM4,500.00, kenapa mereka mahu menjualkan dulu kepada anda? Lebih menghairankan lagi, mereka tiada masalah untuk beli balik dengan anda.

Sebabnya hanyalah satu, syarikat mahukan RM3,800.00 wang anda untuk di pusingkan dalam Money Game ini.
Tuan kena memahami lagi dengan banyak bertanya... mintak pendapat ahli2 dan otai2 cbc... penjelasan tuan menunjukkan tuan masih belum memahami secara penuh bagaimana cbc menjalankan biznya..tuan..kena faham maksud PRIVILEGE . saya bagi contoh..
Kalau tuan pergi ke kedai komputer... beli barangan sebagai pembeli biasa tuan akan dapat harga retail price....akan tetapi jika seseorang itu adalah distributor, dia akan dapat price yang berbeza dinamakan distributor price...

syarikat komputer tadi boleh jual sendiri... dengan harga lebih mahal.. tetapi kenapa perlu adanya distributor? adakah syarikat komputer tadi akan rugi dengan adanya distributor?.. tentujawapannya tidak... kerana distributor tadi telah membantu meningkatkan hasil jualan...sama2 kita fikirkan la... syarikat boleh untung berlipat kali ganda dengan adanya distributor..

Sebab 5:
Ada leader mengatakan syarikat ada beberapa premis di KL, JB yang menjual produk ini. Bila ditanya berapa pula ahli ceramic club ini, jawapannya dalam 15,000 orang.

Jika semua ahli mengambil pakej paling rendah pun iaitu RM900 dan syarikat jual RM1,000.00 maka syarikat perlu membuat sales sebanyak RM15,000,000.00. Cukup ke dengan beberapa premis dan mart nak hasilkan sales banyak ini?

Jika 50% ahli ambil pakej RM3,800.00, maka syarikat perlu membuat sales bernilai RM33,750,000.00.

Logik untuk buat sales sebanyak ini melalui 4 atau 5 premis atau 10 premis sekalipun?

Ingat... syarikat katanya 'akan menjual' produk anda ini dalam masa 3 bulan.
Masalah ini agak menyeluruh dan menyentuh soal perjanjian sell back dan keuntungan syarikat...
apa yang saya faham mengenai cbc...
setiap sell back hanya berlaku selepas kedua2 pihak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan.... oleh kerana inilah syarikat bijak dimana ianya x menjanjkan pendapatan tetap sehingga bila2...
.... bagi saya satu situasi mudah....
selama ini tiada satu masalah payment atau cek tendang.. satu yang baik.
cuma satu hari manalah tahu company buat calculation dimana mereka tidak mampu menanggung kos sell back lagi...so mereka decide untuk stop. MEREKA ADA HAK MELAKUKAN PERKARA ITU...
so tak kesahlah... jani yang penting kita dapat pulangan yang dijanjikan melalui perjanjian sell back yang telah lepas..

selepas sahaja perjanjian itu tamat maka syarikat tidak berhutang dengan kita lagi.. jadi...kalau dia stop beli semua produk pun kita x rugi apa2...

sebab6:
Ada leader mengatakan syarikat jual produk ceramic ini ke luar negeri. Namun sampai sekarang syarikat tidak pernah menunjukkan sebarang dokumen eksport, dokumen Kastam dan lain-lain. Jika ada, mana? Berapa Jumlahnya? Ke mana dipasarkan?
Tuan... syarikat dah menang 3 award.. dan dimana syarikat yang mengaudit bukan calang2... EnY dan BRIS.. so.. biarlah derang buat kerja.. mereka lebih tahu...

sebab 7:
Syarikat mengatakan bahawa syarikat tidak pernah mengambil deposit dari peserta atau pelanggan. Jadi bank negara tidak boleh mengenakan sebarang tindakan diatas kesalahan mengambil deposit haram.

Tetapi... anda jangan lupa bahawa, hari pertama hingga hari 29 wang anda berada dengan siapa? Semuanya berada ditangan syarikat.

Jika anda sertai dengan pakej RM3,800.00, hari pertama hingga hari 29 wang anda berada ditangan syarikat. 30 hari kemudian, RM2,300.00 wang anda berada dengan syarikat. 30 hari selepas itu, RM800 duit anda berada dengan syarikat. Adakah ini syarikat tidak pegang atau ambil deposit atau ambil duit anda? Yang pastinya, wang tersebut bukannya berada di tangan atau akaun anda.

Syarikat bermain sorok-sorak melalui chek yang di berikan kepada anda tetapi anda tidak boleh cashkanya selagi belum sampai masanya. Cara yang kedua, syarikat bermain sorok-sorok melalui kononnya syarikat telah menjual produk tersebut dan anda telah membeli produk tersebut sedangkan ramai yang tidak pernah pegang atau tengokpun produk tersebut.

Hanya leader-leader syarikat ini sahaja yang ambil produk sebagai untuk membantu syarikat ini 'mengaburi' mata anda. Lagi pun leader ini telah mendapat banyak pendapatan dan ada leader yang di support oleh syarikat.
ini lagi satu masalah deposit x deposit..
cuba tuan faham kes ini...
1. Saya beli barang dari satu syarikat A
saya dapat barang dan duit saya ada pada syarikat A lah..dan saya beli dengan cash!
2. sEkarang saya nak jual produk tuh pada A..so sekarang terbalik..saya jual syarikat plak pembeli.. saya ada hak untuk nak menerima payment macamana yang saya nak sebab barang itu milik saya....so saya dah bersetuju dengan harga yang syarikat bagi dan method pembayaran adalah dengan 3 post dated cheque..

tuan dah clear ke?? siapa yang kata syarikat simpan duit saya?. ituh duit syarikat... tapi dia ada perjanjian dengan saya akan bayar secara ansuran untuk beli barang yang jelas milik saya...
so selagi syarikat tidak melanggar syarat2 yang dipersetujui.. ianya adalah SAH!....

mudah je kalau kita fikir baik2..

sebab8:
Ada leader mengatakan bahawa syarikat telah mendapat beberapa anugerah dan ada beberapa orang hebat sertai syarikat ini, maka kita tidak perlu ragui akan kebenaran perniagaan dan sistem syarikat ini.

Cuba anda ingat sedikit masa yang lalu, program Em-Pay dulu juga ada anugerah yang sama dengan anugerah syarikat Ceramic ini dapat dan lihat apa sudah jadi dengan syarikat tersebut? Syarikat tersebut telah ditutup kerana menganjurkan pelaburan haram.

Cuba ingat lagi suatu masa dulu program SwishCash. Siapa yang pernah meyertai program tersebut? Diataranya ialah bekas pengerusi BSKL dan ada juga khabar angin mengatakan menteri juga ada yang meyertainya sehinggakan menteri berkenaan perlu membuat penafian dalam surat khabar. Namun apa sudah jadi dengan SwishCash sekarang? Masih wujud lagi? SwishCash telah tutup.

Kedua-dua contoh syarikat ini telah tutup dan persoalannya ialah siapa yang rugi dan siapa yang untung?

Orang yang rugi ialah pastinya peserta terutama peserta yang baru sertai. Orang yang untung ialah peganjur syarikat. Banyak syarikat yang meganjurkan skim cepat kaya atau Money Game seperti ini telah tahu dan ada yang sememangnya telah merancang bila syarikatnya mahu ditutup. Mereka akan tutup dan jangan terkejut bahawa ada orang syarikat mereka sendiri yang melaporkan kepada kementerian akan kegiatan mereka.

Kenapa? Kerana mereka sememangnya mahukan syarikat mereka ditutup dan akaun bank mereka di freeze untuk mengelakkan syarikat membayar bonus atau faedah kepada peserta. Masa tersebut tokey syarikat ini akan mengatakan: "Bagaimana syarikat mahu bayar kerana akaun bank syarikat kena freez". Dan jangan lupa akaun yang telah di freeze itu sebenarnya akaun yang telah tiada wang. Awal-awal lagi mereka telah pindahkannya ke akaun yang lain. Kalau ada pun hanyalah sedikit wang sebagai untuk mengaburi Bank Negara.

Jika kena denda, denda maksima biasanya hanyalah 1 juta sahaja sedangkan mereka telah berjaya kumpulkan berpuluh-puluh juta malah ada yang sampai ratusan juta. Sedikitpun tiada masalah untuk membayar denda dan tidak lama lagi tokey ini boleh buka lagi skim cepat kaya atau Money Game yang baru. Mungkin nanti boleh gunakan nama lain sebagai proksi.

Undang-undang seperti ini biasa di Malaysia. Contohnya denda jika sesebuah kilang membuang sisa di tempat yang tidak sepatutnya hanyalah beberapa ribu sahaja sedangkan kos untuk pembuangan yang betul adalah puluhan ribu. Yang mana lebih untung?
perbandingan tuan amatlah tidak logik....
kenapa nak perbandingkan pelaburan dengan bisnes????
tuan... award kita bukan sebarangan.. jika tuan tgk award terkini kita ianya di persetujui dan diperakui oleh 10 negara dan pelbagai pihak termasuk 3 kementerian.
takkan la company ini mampu menipu pihak2 sebegini??
pelik..

sebab9:
Ada leader mengatakan bahawa kenapa tak nak percaya, kami telah mendapat pendapatan hebat setiap bulan. Sememangnya ada yang mendapat 10 ribu, 20 ribu atau lebih sebulan dengan program ini.

Anda jangan lupa, testimoni pendapatan tidak boleh dijadikan bahawa sesuatu bisnes itu baik dan betul. Masih ingat dengan program Pak Man Telo? Swish Cash? dan banyak lagi program lain. Semua program ini juga telah mempunyai testimoni pendapatan yang banyak tetapi tiba-tiba lesap.
leader2 yang berpendapatan hebat adalah kerana usaha.. bukan sebab syarikat semata2.. but.. syarikat memainkan peranan penting dalam kejayaan leader2 ini.. produk cbc hebat.. plan cantik. ini kelebihan. kalau nak dibeszakan dengan swisscash dan pakmantelo adalah tidak adil.. kerana kedua2 pelaburan..

sebab10:
Ada leader mengatakan bahawa anda akan dapat voucher Pasar Raya Giant dan kami ada berikan sumbangan komputer kepada sekolah-sekolah.

Anda sememangnya akan mendapat voucher Giant apabila anda membuat kemasukkan semula atau pembelian semula atau re-purches 3 bulan berturut-turut. Pemberian voucher adalah tidak semestinya Ceramic ada bisnes dengan Giant atau Giant iktiraf perniagaan Ceramic ini. Sesiapapun boleh berikan voucher ini jika ada wang. Anda pun boleh berikan voucher ini kepada rakan-rakan anda jika anda ada wang dan memohon dengan Giant. Pemberian voucher ini tidak bermaksud anda hebat dan bisnes anda betul.

Mengenai bantuan komputer dan sebagainya ke sekolah-sekolah luar bandar, kes ini adalah sama dengan Giant. Ada wang sesiapa sahaja boleh derma kepada mana-mana tempat pun. Sekolah terima tidak bermaksud Kementerian Pelajaran iktiraf bisnes Ceramic ini. Ingatlah bahawa wang Ceramic ini adalah wang ahli-ahli yang dipusingkan dalam Money Game ini.

Sebenarnya, Ceramic cuba mengaitkan bisnes mereka dengan Giant dan Sekolah untuk berlindung dengan kementerian. Kononnya Giant pun iktiraf, sekolah pun terima bisnes ini.
siapa pulak yang kata giant/bhp/parkson memperakui dan iktiraf cbc?? tuan dah jauh tersimpang.. semua voucher itu adalah hasil daripada taat setia kami kepada cbc... dan privilege sebagai ahli.. kalai tuan nak join lah... pasal sekolah tuh pihak cbc bijak..bila mereka sponsor komputer pada sekolah2.. syarikat dapat elak dari membayar cukai kepada kerajaan.. so save la... dan itu adalah satu amal jariah community yang sangat baik...


kesimpulan

saya xpasti apa tujuan tuan menulis artikel 10 sebab kenapa jangan join ceramic...
saya cuma nampak bebarapa perkara..
1.maybe tuan kurang jelas..
2.tuan pernah kena dengan swisscash atau pakman telo atau apa2 sahaja.
3.tuan tidak banyak pengalaman pasal kendali bisnes..

atau..

tuan mmg dengki dengan cbc..-maaf..

kapada kawan2 cbc dan juga bukan cbc..
kita hanya berusaha..dan Allah yang tentukan.. setiap orang ada pendapat dan kita mesti hormat pendapat mereka..
jadikan semua yang dah berlaku satu pengajaran...

semoga syarikat menunaikan janji2... dan semoga cbc terus maju,
maju bersama2 untuk masa depan yang lebih hebat..

wallahualam..

irwan@skullstar